Pengenalan
Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd adalah pengeluar produk kecantikan dan penjagaan diri. Dengan memulakan usaha kecil pada awal tahun 2000, perniagaan kami berkembang sehingga hari ini. Produk NATASYA diasaskan oleh Datin Hj Muniroh Kasim dengan hanya 2 produk, Sabun Herba dan Krim Malam berdasarkan 100% ramuan herba. Pada mulanya, produk NATASYA dipasarkan hanya di kampung, kilang dan pejabat. Mulai tahun 2004, Datin Hj Muniroh mula mengedar produk kecantikannya secara rasmi dengan menggunakan jenama NATASYA bersempena dengan cucu perempuannya, NATASYA. Bermula dengan hanya 2 produk, rangkaian produk NATASYA telah berkembang menjadi lebih dari 15 jenis produk produk untuk memenuhi keperluan pelanggan setia kami. Produk NATASYA terkenal dengan kualiti dan keberkesanannya. Hari ini, produk NATASYA tidak hanya mendapat populariti di luar negeri tetapi juga menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, dan India. Dari segi pengedaran, produk NATASYA dipasarkan melalui rangkaian stokis di seluruh negara dan dalam talian.
Visi
- Meningkatkan kualiti produk melalui penyelidikan dan pembangunan.
- Mempelbagaikan kaedah dan meningkatkan kecekapan pemasaran.
- Memperkenalkan produk terkini di pasaran.
Misi
Menjadi syarikat terkemuka dalam pemasaran kosmetik dan produk penjagaan diri.
MOTTO
Cuit-cuit dah cantik!
Datin Hajah Muniroh Kasim
Dato' Haji Suhaimy Bin Othman
Nursuhaila Eliani Binti Suhaimy
Meneruskan legasi ibu dan bapanya, Datin Hjh Muniroh & Dato’ Hj Suhaimy ketua pegawai eksekutif empayar produk kecantikan Natasya sejak 2018, anak tunggal perempuan dari tiga beradik itu perlu secekal ibu dan bapanya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar.
“Cabaran terbesar saya ialah bagaimana untuk mengekalkan perniagaan ini untuk tahun-tahun yang mendatang. saya perlu memajukan perniagaan dan memastikan ia kukuh sebagaimana yang kedua ibu bapa saya telah lakukan dalam tempoh 17 tahun dipasaran”.