Natasya Gold Krim Pelindung SPF 30 diperbaharui dengan penabir UVA dan UVB yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV serta diperbaharui dengan campuran Ekstrak Stem Sel Anggur yang dapat membaiki tekstur dan kerosakan kulit serta menghilangkan parut, garis-garis halus dan bertindak sebagai antioksidan semulajadi untuk menjamin kesihatan kulit muka. Gabungan formulasi khas Aloe Vera bertindak sebagai agen penyejuk untuk kulit sekaligus membantu membekalkan kelembapan, kelembutan dan menghilangkan jerawat. Campuran formulasi baru meningkatkan mutu krim dalam membantu memberikan tona kulit lebih sekata dan tidak berminyak. Penggunaan Krim Pelindung SPF 30 secara berterusan dapat membantu mencerahkan kulit dalam masa yang singkat serta menghilangkan jeragat.