Tentang Syarikat Kami

Syarikat Perwanza Properties & Trading Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan wanita berjenama Natasya. Dengan bermula secara kecil-kecilan pada awal tahun 2000, perniagaan hasil usaha suami-isteri ini berkembang maju sehingga ke hari ini.

Produk Natasya diasaskan oleh Datin Hajah Muniroh Kasim dengan dua produk pada permulaannya iaitu sabun herba dan krim malam yang berasaskan 100% herba. Hasil kajian Datin Hajah Muniroh yang dibantu suami dan kerjasama dengan para saintis, kini terdapat lebih daripada 19 produk jenama Natasya yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ibu pejabat syarikat terletak di Damansara, Selangor yang menempatkan pejabat urusan, jabatan akaun, pemasaran, IT dan latihan. Perancangan yang teliti dan usaha yang gigih membuahkan hasil dan kini Perwanza Properties & Trading Sdn. Bhd. telah memiliki kilang sendiri di Sungai Buloh, Selangor yang berstatus lima bintang.

Dari segi pengedaran produk, terdapat pengedar dan stokis di setiap bandar utama di seluruh negara untuk memudahkan pelanggan berurusan dan mendapatkan produk Natasya.

Kumpulan syarikat:
1. Bionano Herbs Pharma Sdn. Bhd.
2. Natasya Resort (Cameron Highlands) Sdn. Bhd.
3. Perwanza Property & Trading Sdn. Bhd.
4. Superb Boat & Limo Services
5. Limpahan Setia Sdn. Bhd.

MISI

Kegigihan dan usaha Datin Hajah Muniroh Kasim (Pengasas) demi untuk memastikan empayar perniagaannya berkembang pesat kini menjadi realiti. Antara misi yang masih menjadi pegangannya:

  • Bertanggungjawab saya untuk membuktikan bahawa produk kecantikan keluaran tempatan juga mampu setanding dengan produk luar.
  • Menghasilkan produk berkualiti & mampu milik oleh semua golongan termasuk pertengahan dan bawahan.

VISI

Untuk menjadi organisasi sumber produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.